October 19, 2010

Sejarah, kini dan masa hadapan...

Salam,

Sejarah...
  • Ulangtahun pernikahan kami..- Shukri & Ernie yang ke empat
  • Semua yang pahit telah aku luahkan dan buang jauh-jauh, tanam di petala bumi yang ke-7
  • Semua yang manis aku rakamkan dan simpan dalam kotak ingatan dan hati
  • Honey moon yang sangat manis di Cameron Highland - terima kasih CINTA sebab bawa saya ke sana
  • Good carrier journey
Kini...
  • Memperbaiki diri agar perkara yang pahit tidak akan berlaku lagi
  • Memperbaiki hubungan dengan Pencipta ku agar sentiasa mendapat berkat dan petunjuk dari-Nya
  • Berusaha untuk menjadi isteri yang mithali, anak yang solehah dan guru yang berdedikasi
  • Berusaha untuk meningkat setakuk lagi dalam karier
Masa hadapan..
  • Terdekat...ke Singapore
  • Dekat lagi sikit...ke Taipei, Taiwan
  • Jauh sikit..lepas SPM..nak bawak family berjalan...Under perbincangan..
  • Berusaha untuk dapatkan cahaya mata belahan jiwa...Dr Rohani...tunggu saya datang..;-)
  • At least 3 PG students...
Ya Allah, aku bersyukur atas nikmat-Mu yang tiada putus kepada hamba-Mu ini...Kau pilih aku dengan hidayah-Mu, Kau kasihi aku dengan rahmat-Mu, Kau lindungi aku dengan petunjuk-Mu, Kau sedarkan aku dengan ujian-Mu, Kau pujuk aku dengan kalimah-Mu..

Aku memohon Ya Allah agar ingatan-Mu padaku tidak akan pernah terhenti dan aku memohon hidayah dan petunjuk-Mu dalam aku mengharungi hari-hari di bumi-Mu ini...Kau kurniakanlah kekuatan untuk aku menghadapi segala ujian-Mu dan Kau permudahkanlah semua urusanku Ya Allah..

Ya Allah..aku memohon agar Kau suburkan cinta dan kasih sayang antara aku dan suamiku, Md Shukri..Kau kurniakanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi ujian-Mu dan Kau kukuhkanlah ikatan kami ini hingga akhir nyawa...sampai syurga-Mu...Kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah...Agar kami senantiasa di dalam perlindungan Mu...Ya Allah...

Terima kasih segalanya....
--> Read more...

August 4, 2010

IMAM MUDA dan MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI KE 52, 2010 PERINGKAT ANTARABANGSA


 
 


Lama tak menconteng...tak lambat lagi kot..aku nak ucapkan tahniah kepada program IMAM MUDA dan kepada juara dan naib juaranya...walau aku tak pernah ikut ramcangan ini before (baca:aku tak tengok tv), Allah bagi aku rezeki untuk tengok malam final (baca:sebab kena tinggal sesorang...terpaksa layan tv...huhuhu)...kagum aku tengok kedu-dua finalist...dalam hati terdetik yang IM Ashraf yang menang...dan keduanya adalah pemenang...Tahniah...sejuk hati ibu..semoga aku dikurniakan zuriat yang soleh begitu...sayu hati tengok mak ayah dia menangis gembira melihat anak yang berjaya...
Juara - Imam Muda Ashraf

Naib Juara - Imam Muda Hizbur


Dan malam semalam...tercapai juga hasrat di hati untuk menghadirkan diri ke Majlis Tilawah Al-Quran kali ke 52, M 1431 H, tahun 2010 di PWTC. Syukur..alhamdullillah..dan terima kasih Sayang..sebab bawa saya ke sana. Sungguh sesuatu melihat dan mendengar alunan suara dan gaya Johan Qari dan Qariah memperdengarkan ayat-ayat al-Quran...Maha Suci Allah..terima kasih kerana kurniaan nikmat mata dan telinga...Moga-moga dipanjang umur, dan dikurniakan kesihatan yang baik..tahun depan nak hadir semua sesi...boleh ek Sayang...:-)

Johan Qari : Hani Abdel Aziz - Mesir
Johan Qariah : Samia Khanan - Pakistan
 ~ credit to: Syed Muhammad Zahid (www.bernama.com)
--> Read more...

July 9, 2010

Kasih...

Tetiba hari ni rasa macam nak berkasih sayang jek...hehehe...

Ntah kenapa sejak dua tiga hari ni, aku rasa, En. Hubby terlebih mesra jek ngan aku...apakah...adakah...hhmmmm...malas aku nak pikir...sebabnya...

Ustazah kata: apapun makhluk Allah yang lain lakukan aniaya ke atas kamu, maka doakanlah keampunan untuk kamu, dan kebaikkan untuk pelaku aniaya...nescaya, kebaikkan yang Allah limpahkan untukmu akan berlipat kali ganda...Insya-Allah...

Sempena minggu berkasih sayang kami..aku nak tunjuk hasil kerja-kerja aku masa seorang diri di Itali, melayan kesunyian dan kerinduan pada yang dikasihi dan dicintai...moga Allah lindungi rumahtangga kami...


saya sayang, cinta dan kasihi abang...insya-Allah... sehingga akhir nyawa...
--> Read more...

July 6, 2010

Insya Allah by Maher Zain

Salam...

Lama pulak tak update...banyak perkara berlaku...semoga Allah memberikan kekuatan untuk aku terus mempertahankan ikatan cinta ini, dan semoga Allah memberikan aku jalan yang terbaik untuk kami...Insya-Allah...

Pertama kali aku dengar lagu ini, air mata aku berjurai-jurai, betapa kerdilnya aku disisi-Mu Ya Allah...sehingga kini, masih lagi tergenang-genang bila diperdengarkan...
Sesungguhnya aku memang tidak pernah berseorangan...



Insya Allah
by:Maher Zain
Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah.. 
Insya Allah we`ll find the way...
--> Read more...

March 12, 2010

Macam-Macam

Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis telatah...yang terkadang buat aku senyum sendiri....
Membaca blog seorang insan, yang pernah aku comment, yang agaknya pedas padanya...kerana hanya orang yang makan cili akan terasa pedasnya...membuatkan aku tersenyum sendirian...macam ni punya manusia pun ada ke...?

Dia:
  • seolah-olahnya nak kata yang dia bermain cinta dengan SUAMI ORANG adalah takdir...Aku percaya jika aku mati kejap lagi adalah takdir Allah, tapi memilih mana yang baik dan buruk, adalah dengan kewarasan akal yang Allah kurniakan...sebab itu ada stage mummayiz....
  • seolah-olahnya salah jika seorang ISTERI marah jika mendapat tahu suaminya ada perempuan lain, dan tentunya BETINA itu sangat gatal biji, sebab dah tak boleh beza antara orang punya atau tidak...Semoga apa yang dia buat pada hari ini, mendapat balasan yang setimpalnya...Insya-Allah....
  • seolah-olahnya sangat tidak baik isteri itu jika dia memperoleh suami yang tidak kurang jahat...Aku percaya itu antara rezeki dan dugaan yang Allah bagi kepada setiap pasangan suami-isteri..mungkin BETINA yang gatal biji ni dah tak laku sangat di kalangan orang2 bujang, makanya, sanggup dia menjadi peroboh masjid...
  • seolah-olahnya kena anggap baik dan mulia BETINA yang gatal biji itu jika terpaksa bercinta dan berkasihan dengan suami orang...bukan pilihan konon...bukan ke kita mampu dan boleh memilih jika ingin bercinta dan berkasihan dengan penagih dadah ataupun seorang doktor?Lu pikirlah sendiri...
  • seolah-olahnya salah jika setiap orang yang waras pikir MENGGANGGU RUMAHTANGGA orang lain itu jijik, keji, melampau dan amatlah busuk...aku tahu memang itu yang setiap BETINA yang gatal biji pikir...
Dan aku, sebagai manusia biasa yang mempunyai banyak kekhilafan, tidak sunyi daripada salah dan silap, yang terkadang aku pun tidak sengajakan...tetapi, tidaklah sehingga menggegarkan masjid orang, meruntuh rumahtangga orang lain...bak kata orang..nakal tapi tidaklah jahat...TAPI, kalau BETINA yang gatal biji ni....tak tahulah nak classify kat mana...sendiri mau ingat laaa....

* maaf di atas kekasaran bahasa di dalam entry kali ini...
  kepada sesiapa yang membaca..pahamilah perasaan seorang isteri di kala
  hatinya gulana...
  kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak nak mengganggu rumahtangga 
  orang, ingatlah dunia ini berputar..tidak hari ini esok lusa...tidak esok lusa..
  anak cucu kita...



--> Read more...

February 24, 2010

31

Salam...apa ada pada angka???setiap tahun yang berlalu pun...tak beri erti yang berbeza, cuma berharap tahun yang akan datang menjadi lebih baik dan mendapat keredhaan dari-Nya...semoga juga ianya akan memurahkan lagi rezeki aku...dan memberi kebahagiaan yang SEBENARNYA...

Banyak yang aku pelajari melewati usia ini...the biggest thing...KUN FAYAKUN...aku merancang..aku strategies, aku letak milestone aku...MAHA SUCI ALLAH, DIA jua yang menentukan apa yang telah dan akan berlaku...dan akhirnya..aku kenal erti REDHA...
Aku bersyukur kerjaya aku ader improvement..tidak statik...kesihatan..alhamdullillah...masih mampu berjalan dan menguruskan diri sendiri...Keluarga...alhamdullillah...kedua orang tuaku masih sihat dan kuat bekerja...dan akhirnya...rumahtangga...yang ini membuatkan aku merasai REDHA...aku hanya melewati batas masa...yang tidak tahu di mana penghujungnya...aku hanya menonton cerita..yang tidak pasti bila penamatnya...Hanya pintaku pada-Mu Ya Allah...Kau peliharalah hati ini daripada kekecewaan yang amat dalam....

Buat Ernie sayang...

semoga kau tabah menghadapi hari hadapan..yang pastinya menjanjikan pelbagai warna dan rasa..dan ingatlah sayang...apa pun kurniaan Allah pada kamu adalah secukupnya...tidak lebih dan tidak kurang...hanya secukupnya..andai kau ingat yang ini...pastinya hati kamu akan lebih berlapang dan bersenang kerana kau sentiasa tahu dan ingat..Allah sentiasa bersama dan melindungi kamu... 

Insya-Allah...
 
--> Read more...

February 2, 2010

Suami...fahamilah hasrat hati ini...

Aku jumpa benda ni masa makan angin...terima kasih kepada penulis...


Buat Insan bernama Md Shukri bin Abdullah, suami kepada Ernie Suzana Binti Ali...


Abang...
Inilah harapan yang saya sematkan jauh di sudut hati ketika mendengar diri ini dinikahi...
Masih ada ruang di hati?


DOA ISTERI ~ kredit to shahliza94

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..
--> Read more...

January 7, 2010

Tahun Baru

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru..tahun ni, kami dah pindah ke rumah sendiri..syukur pada-Mu Ya Allah..atas nikmat ini...setelah hampir 4 tahun menghuni di rumah kerajaan, akhirnya, tahun ini kami berpindah jua...banyak benda nak tulis..tapi tuntutan kerja nih..especially time student baru masuk nih...kita sambung lain kali...
--> Read more...

December 2, 2009

Kerajaan hati...

Kerajaan hati...benar ke??? 
Seringkali otak tertanya-tanya...
kenapa hati ini selalu gundah...sedih...pilu... 
Sedangkan, aku punya kerajaan hati sendiri... 
Hati ini diamanahkan untuk aku...agar aku boleh beri arahan sekehendak aku..tapi kenapa hati ini selalu tertewas... 
aku punya kerajaan hati ini sendiri..aku tadbir, aku urus, aku forecast, aku over-houl... 
aduh kerajaan hati... 
Alhamdullillah... 
Maha Peminjam masih memberi peluang kepada aku untuk terus mengurus tadbirmu... 
berilah kerjasama sebaiknya...jangan melawan... 
Kalau kau ikut kata otak..pasti kamu akan senang dan mudah... I
ngat ye kerajaan hati...jangan berdegil....
--> Read more...

September 11, 2009

Hati...

hati aku pedih... hati aku sedih... hati aku sakit... hati aku sunyi... hati aku kosong... hati aku serabut... orang kata...hati yang sakit, tanda Allah tak sayang...hati yang sakit, tanda Allah murka... orang kata...nak baiki hati..minta dengan Allah...tapi, kalau Allah murka, DIA nak tolong ke???
--> Read more...